~:muslimah sejati:~

Thursday, 23 August 2007

~:Catatan Diariku:~

Alhamdulillah aku kini sudah hampir dua bulan setengah berada di Malaysia.Agak bosan asyik duduk di rumah aje.Semenjak aku tiba di MALAYSIA,pelbagai ragam manusia yang dapat aku rakamkan.Dari penilaian aku,rakyat Malaysia kini khususnya orang Islam telah jauh dari landasan agama.

Majoriti remaja lelaki Islam sudah mula menindik sudang.Apabila ditanya,katanya itu adalah fesyen.Jahilnya engkau.Tapi aku tidak seratus peratus menyalahkan mereka kerana itu semua adalah kerana gaya ala barat yang dibawa oleh penyanyi2 kuffar laknatullah.

Mereka telah dihidangkan dengan pelbagai jenis hiburan yang melalaikan.Aku sedih memikirkan masa depan negara ini jika inilah budaya yang mereka agung-agungkan.Pengaruh budaya barat amat kuat.Apatah lagi golongan remaja adalah golongan yang amat mudah terpengaruh.

Itu halnya remaja lelaki.Lain pula halnya dengan remaja perempuan.Seluar ketat,baju nampak pusat,skirt pendek dan macam-macam jenis pakaian yang mereka anggap trend masa kini.Naik loya aku lihat mereka ini berkeliaran di bandar.Merosakkan pandangan mata!!!Ape taknya,mereka yang pakai,aku yang naik malu.
posted by humaira` at 12:17 0 comments

~:Khadijah ra:Wanita Disisi Rasulullah:~


"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan ... darinyalah aku mendapatkan keturunan."

Begitulah Rasulullah saw berkata tentang kepribadian Khadijjah, istrinya. Seorang isteri sejati,
muslimah yang dengan segenap kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam.
Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita yang tegas dan cerdas. Bukan sekali dua kali pemuka kaum Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya. Tetapi pilihannya justru jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad, pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur oleh kekayaan dan kecantikan.

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah SAW.

KESETIAAN YANG BERSEJARAH

Mari kita singkap kembali peristiwa yang sungguh mendebarkan jantung Rasulullah SAW. Peristiwa itu ialah penerimaan wahyu yang pertama di Gua Hira. Sekembalinya ke rumah, baginda berkata kepada isterinya yang tercinta, Aku berasa khuatir terhadap diriku.
Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya dengan berkata, Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab. Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara, sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara benar dan setia kepada amanah.

Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya? Apa yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang dilandasi iman yang teguh. Sedikit pun Khadijah tidak berasa ragu-ragu atau syak di dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah kita berlaku demikian?

Khadijah merupakan wanita kaya dan terkenal. Beliau boleh hidup mewah dengan hartanya sendiri. Namun semua itu dengan rela dikorbankannya untuk memudahkan tugas-tugas suaminya. Hal ini jelas menunjukkan beliau merupakan wanita yang mendorong kemajuan pahlawan umat manusia, melindungi pejuang terbesar dalam sejarah dengan mewujudkan kedamaian dalam kehidupan suaminya. Sikap inilah yang menjadi sumber kekuatan kepada Rasulullah SAW sepanjang kehidupan mereka bersama. Oleh itu, kita perlu berdoa semoga Allah memberi kita kekuatan untuk membantu menguatkan semangat jihad golongan lelaki yang seangkatan dengan kita.

KESETIAAN YANG MENDORONG KEGIGIHAN

Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan penegak risalah Islam itu.

Sepanjang hidupnya bersama Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya. Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya baginda khusyu bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan sabar sehingga baginda pulang. Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT. Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang berkekalan. Firman Allah yang bermaksud:

Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. (An-Nahl: 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang besar kepada rumah tangga mereka berdua. Anak-anak yang lahir juga adalah anak-anak yang saleh. Keturunan zuriat ahlul-bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini menghasilkan kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.

Wahai muslimah, sekarang adalah masa untuk kita hidupkan kembali hakikat ini dalam kehidupan kita. Semoga kekuatan Islam akan kembali mentadbir kehidupan insan.
posted by humaira` at 12:10 0 comments

~:Kisah Kelebihan Berselawat Keatas Rasulullah s.a.w.:~

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."


Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.
posted by humaira` at 11:54 0 comments

~:10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Oleh ALLAH:~

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."


Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
posted by humaira` at 11:49 0 comments

Thursday, 16 August 2007

~:Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Didunia:~


Sudah Bersediakah Anda Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!!


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!

Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!

Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!

Dengan kain kafan yang serba putih!

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....

Walaupun orang yang hadir itu merintih....

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....

Lalu dilaksanakanlah solat JenazahDengan empat kali takbir dan satu salamBerserta Fatihah,

Selawat dan doa....

Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu KifayahTapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....

Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....

Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....


Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....

Usunglah dirimu ke tikar Solat....

Sebelum kamu diusung ke liang lahad....

Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!

Iringilah dirimu ke masjid....

Sebelum kamu diiringi ke Pusara!

Tangisilah dosa-dosamu di dunia....

erana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!


Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..

Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....

Bukan yang pergi!


Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!

Ingatlah di mana saja kamu berada....

Kamu tetap memijak bumi Tuhan!

Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!

Serta menikmati rezeki Tuhan!


Justeru bila Dia menyeru,....

Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....

memanggilmu buat kali yang terakhirnya!

Ingatlah kamu dahulu hanya....setitis air yang tidak bererti!

Lalu menjadi segumpal darah!

Lalu menjadi seketul daging!

Lalu daging itu membaluti tulang!

Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....

Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....

Yang lebih agung dari malaikat!

Lahirmu bukan untuk dunia....

Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....

Dengan penuh rela dan bersedia!

Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....

Jalan kemenangan akhirat dan dunia!

Ingatlah yang kekal ialah amal....

Menjadi bekal sepanjang jalan!

Menjadi teman di perjalanan.. ..

Guna kembali ke pangkuan Tuhan!

Pada hari itu tiada berguna....Harta, tahta dan putera....Isteri, kad kredit dan kereta....Kondominium, saham dan niaga....

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
posted by humaira` at 11:41 0 comments

~:Sajak Aminah Qutb Kepada Suaminya:~

Sekiranya kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai,
tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah,
kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah,
andainya dia adalah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
maka campakkanlah dalam hatiku cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu.
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah ku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.
Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.
Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.
Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada-Mu.
Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.
Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurga-Mu.
Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Muya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.
Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
posted by humaira` at 11:10 0 comments