~:muslimah sejati:~
Wednesday, 2 May 2007
Perjalanan Hidupku.....
Masih terasa penatnya ayunan kakiku melanggah menuju ke universiti Cairo yang mengambil masa lebih kurang 2jam perjalanan dari rumahku di Hayyu Sabek.Begitulah rutin harianku semenjak 3minggu yang lalu....Namun kini semua itu telah berakhir kerana kelmarin merupakan hari terakhir aku berulang-alik kesana.Alhamdulillah...........Lepas satu kerja.Tapi aku masih ada tanggungjawab yang lebih besar yaitu ke kuliyah.Agak lama aku meninggalkan kuliyah.Hari ini saat ini aku mesti ke kuliyah.Insyaallah.......Peperiksaan tanggal ke-2 akan tiba tak lama lagi.Bagaimana mungkin aku meyambutnya tanpa sebarang persediaan yang rapi.Masih terasa pedihnya hatiku apabila abangku menghujum atas kegagalan aku dalam peperiksaan yang lepas.Namun tak pernah sikit pun aku menyalahkan dia kerna jika aku di tempatnya pasti aku pun berbuat begitu.Kerna aku telah menghancurkan harapan keluargaku sendiri.Yang lebih sedih,aku telah menghancurkan harapan ibuku sendiri.Insan yang paling bermakna dalam hidupku setelah ayahku meninggalkan kami buat selama-lamanya lebih kurang 12tahun yang dulu.Baru sebentar tadi sampai pula surat panggil ke mesyuarat muhasabah KPO.Mengikut jadualnya pada malam ini...Ini juga menjadi rutinku.Tiap kali tibanya cuti,aku tidak terlepas dari tanggungjawab.Itulah tugas seorang da`e dalam menegakkan agama Allah di muka bumi ini.Aku tidak mampu mengangkat senjata melawan musuh,apetah lagi menghancurkan mereka dengan balingan bom.Dengan kudratku yang sedikit inilah aku curahkan buat persatuan KPIPM.Waktu kini kian berlari pantas.Jika tidak aku yang mengejarnya,pasti ia akan meninggalkanku.....
posted by humaira` at 03:23

0 Comments:
Post a Comment
<< Home